Tuesday 1 May 2012

Spekulasi


Terdapat pelbagai pihak yang menyatakan bahawa Fuad ialah seorang mualaf.
Maksud mualaf ialah orang yang baru memeluk agama Islam, saudara baru. Dalam novel MELUNAS RINDU, Fuad lahir semula jadi sebagai seorang Islam kerana bapanya Robert Lim sudah memeluk Islam ketika berkahwin dengan Mariana. Justeru, yang mualaf ialah Robert Lim dan bukannya Fuad. Fakta yang betul ialah Fuad kurang mengamalkan ajaran Islam kerana dari kecil dia tinggal bersama-sama bapa saudaranya Peter Lim yang bukan beragama Islam. Pelajar perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan mualaf ini agar huraian tidak dikategorikan sebagai kesalahan fakta.

          Maksud Jati diri : Menurut Kamus Dewan, sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti:

         Tidak jelas bahawa Isu jati diri merupakan persoalan pokok dalam novel ini kerana kita tidak menemukan jati diri bagaimana yang cuba dicari oleh Fuad dari bab pertama hingga akhir. Jati diri sebagai seorang Cina atau jati diri sebagai muslim ?

0 comments:

Post a Comment