Fuad (Joshua atau Abdul Halim)
1. Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak,
tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan
Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.
2. Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari
universiti ternama di Amerika Syarikat.
3. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di
Sekolah Menengah Seri Setia.
4. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia
tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak
muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
5. Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia
tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai
musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah
masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke
Kuantan.
6. Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh
dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah
menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih
sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain
itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak
Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa
Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.
7. Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang
akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang
dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.
8. Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai
contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan
mengambil berat akan adik-adik Farhana.
9. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang
bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya,
iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan
membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah
hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru
di sekolahnya.
10. Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain,
contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan
suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani
dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.
TEMPLATE PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
2 years ago
0 comments:
Post a Comment