Watak Sampingan

Farhana
  • Nama penuhnya ialah Farhana Binti Fakhrudin.
  • Dia merupakan anak sulung dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad Fikri, Muhammad Fadli, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal.
  • Dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.
  • Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
  • Dia berkelulusan Pendidikan dari Universiti di United Kingdom.
  • Dia seorang yang bertanggungjawab Contoh: Farhana sering pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah.
  • Dia seorang yang penyayang Contoh: Farhana amat menyayangi ibu dan adik-adiknya.
  • Seorang yang tegas Contoh: Farhana sering menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk kelas.

Pak Ismail
  • Merupakan suami kepada Mak Salmah
  • Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya.
  • Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat berjemaah di surau.
  • Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
  • Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika isterinya sakit.


Mak Salmah
  • Merupakan isteri kepada Pak Ismail
  • Mengambil Sofia sebagai anak angkat
  • Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.
 
Robert Lim
  • Nama Islamnya ialah Roslan.
  • Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Susan.
  • Merupakan seorang ahli perniagaan.

0 comments:

Post a Comment