Wednesday 13 June 2012

Friday 8 June 2012

Sentiasalah berdoalah...


Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin
YA ALLAH , SEMOGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Monday 4 June 2012

Misteri dalam Melunas Rindu

Cuba kalian fikir dan cari jawapannya.

Kemana perginya Sofia?
Apakah yang berlaku terhadap Sofia?
Kenapa Robert Lim sanggup menyerahkan Sofia kepada Pak Mail dan Mak Salmah?
Kenapa Fuad melarikan Sofia?

Thursday 31 May 2012

Selamat Bercuti


Kepada semua pelajar-pelajar, manfaatkanlah cuti sekolah ini sebaik mungkin.  Jaga kesihatan dan keselamatan diri.. Semoga ceria selalu.. ;)

Friday 25 May 2012

Pengenalan KOMSAS



KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan teks yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah dijalankan secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi murid tingkatan satu dan empat. Tahun 2001 bagi tingkatan dua dan tingkatan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Dengan terlaksananya dasar ini maka semua murid, bermula tingkatan satu hingga lima telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu.


Tuesday 1 May 2012

Spekulasi


Terdapat pelbagai pihak yang menyatakan bahawa Fuad ialah seorang mualaf.
Maksud mualaf ialah orang yang baru memeluk agama Islam, saudara baru. Dalam novel MELUNAS RINDU, Fuad lahir semula jadi sebagai seorang Islam kerana bapanya Robert Lim sudah memeluk Islam ketika berkahwin dengan Mariana. Justeru, yang mualaf ialah Robert Lim dan bukannya Fuad. Fakta yang betul ialah Fuad kurang mengamalkan ajaran Islam kerana dari kecil dia tinggal bersama-sama bapa saudaranya Peter Lim yang bukan beragama Islam. Pelajar perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan mualaf ini agar huraian tidak dikategorikan sebagai kesalahan fakta.

          Maksud Jati diri : Menurut Kamus Dewan, sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti:

         Tidak jelas bahawa Isu jati diri merupakan persoalan pokok dalam novel ini kerana kita tidak menemukan jati diri bagaimana yang cuba dicari oleh Fuad dari bab pertama hingga akhir. Jati diri sebagai seorang Cina atau jati diri sebagai muslim ?

Friday 6 April 2012

Fikir-fikirkanlah...

SEDUTAN UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA : TAN SRI MUHYUDIN YASSIN


13 OKTOBER 2011

"Janganlah kerana ketaksuban kita kepada bahasa asing menyebabkan kita mempunyai pandangan yang juling terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri."