Soalan 2

Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

TEKNIK MENJAWAB :
Nyatakan persoalan dan beri huraian kepada persoalan tersebut.

Apakah maklumat yang mesti ada dalam huraian persoalan ?
Huraian tersebut mesti memasukkan watak yang terlibat dan peristiwa/ isinya.
Mesti ada subjek dan predikatnya ( dinamakan ayat lengkap ).

Persoalan : Pengorbanan guru terhadap pelajar-pelajarnya.

Watak : Fuad.
Buktinya : Rujuk halaman 98 novel
Fuad boleh tahan duduk di kantin selama dua tiga jam untuk mengajar sekumpulan kecil pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad juga kadang kala sanggup berdiri, kemudian berjalan dan pada waktu yang lain menggunakan mimik muka untuk mempastikan keberkesanan pengajarannya. Dia sanggup melaksanakan apa sahaja cara dan usaha agar pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam pelajaran.

Persoalan : Reda terhadap segala ketentuan Tuhan.
Watak : Fuad
Bukti : halaman 197 hingga 200
Huraian : Fuad reda menerima ketentuan Tuhan bahawa Farhana ialah adik kandungnya.Mereka masih boleh bercakap seperti biasa, masih boleh bergurau seperti sebelumnya/ masih usik-mengusik dan tidak berprasangka buruk terhadap suratan yang dialami. Bahkan Fuad berazam untuk melindungi Farhana dan adik-adiknya yang lain setelah gagal melakukannya selama ini.

Pelajar boleh menambah dua lagi perosalan dalam novel tersebut. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment