Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama
Islam. Selain nama Fuad, dia juga
memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim
yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu.
Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia
tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia
dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga abang kepada Robert
Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat
kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang
disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan Fuad yang telah
diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert
Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang
diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak
Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat
bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan
sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu
Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah
itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa
Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi
terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana.
Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara
mereka berdua.
Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah
kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang
sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan
Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu
mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula
mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak
menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu
Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia
selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan
tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula
menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai
contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana
ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di
hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan
ke hospital.
Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui
bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang
nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa
menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka
berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu
kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan
masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan
Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon
maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas
kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert
Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana
sebagai adik kandungnya.
0 comments:
Post a Comment