Persoalan


Kasih sayang terhadap keluarga – kasih sayang Fuad tidak berubah walaupun dia telah mengetahui Peter Lim sekeluarga bukanlah keluarga kandungnya.

Ketaatan kepada agama – Pak Ismail bertanggungjawab membimbing Fuad iaitu seorang saudara baru dengan mengajarnya bersolat dan mengaji al-Quran.


Tanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan – Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab. Walaupun Fuad hanya guru sandaran di sekolah yang sama dengan Farhana, tetapi Fuad menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

Keikhlasan dalam membeikan pertolongan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam

0 comments:

Post a Comment