Soalan 3

Nyatakan perasan anda setelah selesai membaca novel Melunas Rindu?
TEKNIK MENJAWAB : Jelaskan perasaan apa?
Perasaan : Gembira/ lega, marah, sedih, simpati, dendam.
Huraian : Watak dan peristiwa.


Perasaan gembira.
Akhirnya Fuad berjaya mencari ibu kandungnya yang disangkakan telah mati.

Perasaan sedih.
Fuad tidak berjaya untuk mengambil Farhana sebagai isterinya setelah mereka berdua bercinta sebelumnya kerana mereka disahkan sebagai adik beradik.

Perasaan marah.
Cikgu Zamani tidak masuk ke kelas untuk menunaikan tanggungjawab untuk mengajar bahkan sanggup bersembang dengan rakannya iaitu Cikgu Nur Alia.

Perasaan dendam.
Robert Lim sanggup melarikan Sofia daripada ibu bapa angkatnya Pak Ismail dan Mak Salmah bahkan tindakan tersebut membawa padah sehingga menyebabkan kematian Sofia. Akibat perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini Mak Salmah jatuh sakit.

1 comment: