Biodata Pengarang


Hartini Hamzah
  • Beliau dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan.
  • Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP' Purun, Triang, Pahang.
  • Setelah tamat pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di    Universiti Teknologi MARA. Seterusnya memperoleh sijil perguruan asas pada tahun1996.
  • Beliau kini berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang Darul Makmur.
  • Beliau berpengalaman menjadi pendidik selama 8 tahun di sekolah menengah dan telah berada di sekolah kebangsaan selama 6 tahun sehingga kini. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama seperti watak Farhana dalam novel Melunas Rindu. Beliau juga merupakan insan yang bersifat "easy going" saling tak tumpah seperti Farhana.
  • Selain novel Melunas Rindu, karya lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Fatin Nabila (1991),Sesudah Mendung Berlalu (1992), Pia(1998), dan Merentas Kabus (2002).
  • Novel Fatin Nabilatelah menerima hadiah sagu hati kategori Novel Remaja pads sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.
  • Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997.
  • Cerpen beliau yang berjudul Sesudah Mendung Berlalu pula telah memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.

0 comments:

Post a Comment